Bengkel Pengesahan Dan Semakan Tafsir Pedoman Muttaqin Juzuk 5 dan 6

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Perancangan & Penyelidikan (Cawangan Kawalan Media) telah berjaya mengadakan Bengkel Pengesahan Dan Semakan Tafsir Pedoman Muttaqin, Juzuk 5 dan 6 pada 22 – 24 Jun 2010, bertempat di Hotel Residence (Uniten), Bangi.

 
Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 14 orang Ahli Lajnah Pentasheh Tafsir Pedoman Muttaqin yang telah dilantik oleh Jakim. Bengkel ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Bin Hj Husin (Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam
 
 
Tujuan diadakan bengkel tersebut adalah untuk menyemak Tafsir Pedoman Muttaqin yang telah dikarang oleh Y.Bhg. Dr. Hayei Abdul Shukor (Mantan Pensyarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya) bagi tujuan pembetulan dan penambahbaikan serta berusaha menerbitan Tafsir Pedoman Muttaqin Juzuk 5 dan 6 bagi untuk jualan kepada orang ramai.